Wednesday, 30 January 2013

Bukan kita sorg je yg tinggal kat atas bumi ni

Post tittle aku agak panjang but who cares? Ada aku kesah? Tak. Kau kesah? Tak. Najib kesah? Tak. No one cares. Biarlah tajuk post aku panjang macam ular sekali pun. Yang penting, post aku ada tajuk. Daripada kau tu, asyik terlupa nak letak tajuk. Main post je. (Sapa tu eh?)




Berkenaan dgn tajuk di atas, yes. Memang bukan kita sorg je kot yg tinggal kat atas bumi ni. Lain la kalau mata kau dah dikaburi dengan uwang(wang). Bukan takat mata je kabur, hati pun boleh kabur, kut? Ntah. Aku tak pernah rasa jadi orang kaya. Screw anda semua. Bumi ni milik Allah. Allah jadikan bumi ini untuk manusia. Anda haruslah ingat bhw masih ada org lain yg hidup menumpang di atas bumi ini selain daripada diri anda yang egonya agak tinggi jugak. Saje aku nak remind kan benda ini dengan korang. Melayu kan mudah lupa. Bukan takat melayu je. Ini mesti di-ingati ye adik2, kakak2, abg2, pakcik makcik atok ninek sekalian.





Dan gue masih tak faham2 kok kenapa masih ada org yg rasa hanya diri dia sahaje yang tinggal di muka bumi ini. Cuba kita post something yg berbaur sindiran dekat twitter/fb/blog or blablabla, mesti ramai yg terasa, even though kita tujukan benda tu just for one reason. Ish, orang nak berbalas-balas sindiran pun tak senang lah kau ni. Pergilah hancurkan hari orang lain. Kenapa mesti aku jugak yang kau target. Stupid joykiller. Elok-elok aku sindir 1 orang, dah bertambah jadi 2. Eh, aku hanya ada 1 hati lah. Mana boleh treat orang banyak-banyak.




Aku? Aku selalu kena. Tak ape, sindiran itu bagus untuk kehidupan. Aku rasa benda yang dipanggil sebagai sindiran ni harus dijadikan makanan dan semua orang harus merasainya. Dan kalaulah cadangan aku untuk menjadikan sindiran ini sbg makanan ini diluluskan, aku rasa sindiran ini haruslah diletakkan sama baris dengan makanan-makanan yang berada dikategori pedas. Sesape yang tak tahan pedas, harus la jaga perilaku dan sentiasa lah menggunakan otak. Kalau tak suka makanan pedas, order lah pancake atau waffle. Jangan sesekali berani order nasi dan sambal belacan yang diperbuat daripada Jalapeño. Tu pun kalau ada. Kalau dah tahu diri tu tak mampu menerima sindiran, jangan lah kau memulakan langkah untuk memerangkap diri kau sendiri. Okay? Kalau kita sindir seseorang tu, tetapi orang lain pulak yang terasa, itu biasalah. Sifat manusia yang kita tak boleh kikis. Tak payah nak cakap pasal orang lain la. Diri sendiri pun sama.




Apa yang penting, sindiran itu kedengaran lebih 'mulia' lah jugak daripada 'fitnah'. Sesungguhnya binatang yang digelar fitnah itu adalah sesuatu yang mampu mengundang keburukan yang dasyat seperti membunuh. Bunuh perasan, bunuh talian persaudaraan dan persahabatan. Make sense jugak, dalam Islam, dosa orang yang menabur fitnah ni sama level dengan membunuh. Mungkin lebih? Aku rasa kau mesti tahu. Tak mungkin kau tak tahu. Kalau kau tak tahu, aku tak tahu nak kata apa-apa lagi. Hanya mampu menyedekahkan perasaan simpati dan kasihan. So, kalau taknok gelabah nenen, hentikan.






Ditujukan khas kepada sape-sape yang pernah terasa makan Jalapeño aku. Dan aku tujukan entry ini khas kepada aku jugak. Eh biarlah!

Thursday, 27 December 2012

Aku paling tak suka bila

-Tengah aku tidur, org keluar masuk bilik aku, dan buat bising. Kimaks.

-Tengah masak, orang pantau kerja aku. Pergilah buat kerja sendiri. Aku simbah dengan minyak panas nanti, jangan tanya kenapa.

-Tengah makan, orang mintak sedekah. I mean, mintak sedikit.

-Tengah online, org berdiri kat belakang aku. Pergi berambus dari bilik aku!

-Tengah tengok TV, org buat bising. Lagi-lagi budak kecik. Terasa ringan pulak kaki aku ni nak kasi penyepak. Aku jarang tengok TV. So jgn kacau aku.

-Nak karaoke, org menyibuk nak masuk rumah aku.

-Tengah jalan2 kat pasar/mall, org dok usha aku je manjang. Nak penampar ckp je lah. Main usha-usha pulak.

-Tengah fikirkan sesuatu, aku di ganggu. Sesungguhnya aku benci bunyi bising, motherfucker.

-Tengah tension, org-org di sekeliling aku buat bising. Mmg kena maki free dgn aku la lepastu.

-Nak mandi, org lain nak pakai tandas time tu jugak. Jgn nak mengada boleh?

-Tengah demam, org buat bising/kecoh dlm bilik aku. Tahu tak privacy? Nanti kalau aku kunci bilik, korang marah. Bodoh.

-Tengah buat kerja, org ckp "wah rajin kau" kalau org puji aku mcm tu mood rajin aku sekaligus musnah dan punah. Aku jarang-jarang jadi rajin tau. Kalau nampak aku tiba-tiba rajin, DIAM.

-Tengah nak tenangkan diri, orang pasang lagu kuat-kuat. Tak tahu ke org yg nak tenangkan diri ni require tempat yang sunyi?

-Di kata menipu. Kau bagitahu apa yg aku dapat kalau aku menipu?

-Tengah aku mengexplain something, org potong line. Aku potong jugak lidah kau tu nanti.

-Baru baring, nama aku di panggil. On the way aku pergi ke arah kau, ketahuilah, aku sedang menyumpah seranah engkau dalam hati.


Ini warning awal.

Sunday, 23 December 2012

Kedekut cembabi

Agak benci lah jugak dengan orang yang mempunyai taik hidung terlebih belicin sampai terlebih masin ni. Kalau orang lain kan, mereka punya masin steady je. Tak kurang tak lebih. Zai zhongjian. Dia punya masin pulak, adoi. I don't know how to tell you lah. I tak pernah rasa dia punya taik hidung. Hanya sebab I cakap I tak pernah rasa dia punya taik hidung, that doesn't mean I pernah rasa taik hidung yang lain. Tapi kan, sebab I tak pernah rasa dia dan orang lain punya taik hidung tu lah I dapat tahu yang dia punya taik hidung ni terlebih masin. Dasar kedekut taik hidung masin.




Sejak dari kecik, Puan Lily Suryani sebagai mak aku dah ajar aku untuk berkongsi apa saja. Walaupun perasaan aku. Yes, mak aku yang terbaik. Mak kau pun sama jugak. Semua orang yang bergelar mak ni sebenarnya terbaik. Respect. Masa aku kecik-kecik dulu mak aku ckp, aku ckp dengan org tua pakai 'aku' dan 'kau'. Then mak aku ajar aku untuk bercakap dengan lebih sopan. Sampai sekarang aku agak takut sikit nak bersikap kurang ajar dengan orang tua. Dengan orang tua je lah. Kalau kau aku tak kisah nak kurang ajar sikit atau lebih. Ngah ngah.





Ada kan, sorang ni kan, dia kan, orang cakap kan, dia ni loaded. Anak orang kaya. Tapi orang cakap dia ni lain sikit. So, kepala otak aku ni pun berfikir la secara tipikal. Babak-babak cliche dari drama-drama melayu yang selalu ditayangkan di TV pun aku ulang tayangkan walaupun drama tersebut dah 6 tahun berlalu. Orang kaya yang 'lain sikit'? Dia ni tak berlagak ke? Dia ni humble and down to earth ke? Pemurah ke? Macam watak-watak kaya dalam drama melayu yang tak mungkin akan wujud kat dunia ni ke?





Fikir punya fikir punya fikir...





Oh. Baru aku tau. Dia punya lain tu sebenarnya sama je dengan kelainan yang ada pada orang-orang yang berstandard tinggi ni. Kedekut. KEDEKUT. Aku tak tahu lah kenapa orang-orang kaya ni sedikit kedekut. Padahal banyak duit. Orang yang tak berapa nak kaya lagi suka bersedekah and tak kedekut walaupun duit tak berapa nak ada. Kenapa mereka kedekut eh? Kerek ke? Sebab taknak pandang orang yang tak berapa nak berkemampuan ke? Adoi, takpe lah. Kat kubur nanti kita tengok lah kalau dia punya kain kapan tu diperbuat daripada satin emas ke tak. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Takpe, mak aku dah ajar aku untuk tidak berdendam dengan orang yang dah buat taik dengan aku. Walaupun aku tengah berdendam dengan kau. Alah takpe. Dendam aku bersih. Kalau aku balas dendam pun, dari segi mental je. Fizikal kau tak akan tercedera. Guaranteed and perfectly secured.




Pro tips: Nak tahu tahap kemasinan taik hidung seseorang tu, tengok lah tahap kedekutan dia.