Friday, 10 October 2014

My struggle with Severe Depression

WARNING
 Heavy depressing situation may be present.


And this story is freaking long.




Hi.
I thought it's time I'd share my story, half of my dark side & my dark secrets.
It really took me a couple of months thinking about publishing this entry. But, here I am now. Everything is ready to be shared. So, shall we begin?



---------------------------



I still remember being told that teenage years was supposed to be the happiest years of my life but, it was one of the darkest time in my life. I first recognized that I feeling super uneasy and unhappy almost to every single thing when I was 15. And it has grew worse when I was 16, a year before SPM, the year that I need to work really hard and strive.... because I know, dengan result aku, orang akan setkan cara mereka pandang aku. Kalau aku lulus, aku akan di puja dan di puji sampai aku mampus. Kalau aku gagal, aku akan dicemuh sepanjang hayat aku sampai aku meninggal. Tapi, kau sendiri tahu. Kita hanya mampu merancang. Yang menentukan segalanya ialah Allah S.W.T




Segala plan aku tak menjadi due to the pressure yang di bagi oleh keluarga(not my mom or dad or even my sisters. Nenek, pakcik and the makcik je yang melebih.) Di tambah lagi dengan cemuhan dari mulut jahat orang sekeliling, dengan kepala otak aku sendiri yang tidak dapat melupakan segala kenangan pahit yang telah berlaku bertahun lamanya. I'm not that strong. Sampai satu saat, aku rasa aku nak hentak kepala aku kat dinding, biar aku hilang ingatan sepenuhnya. Hilang otak sekali, lagi bagus. Biarlah tengkorak aku pecah ke, terbelah ke, terburai ke, bersepah ke berterabur ke. Kau ingat aku kesah dengan semua tu waktu tu? Aku nak tunjuk kat orang, kemana otak aku dah pergi. I want to show them where's my mind has gone. Aku selalu cakap kat diri sendiri, kalau suatu hari nanti aku dah nekad, aku akan pecahkan kepala aku dengan peti besi yang besar dan berat. Bila tengkorak kepala aku pecah, otak aku akan terburai atas lantai. Sebelum aku lakukan semuanya, aku akan tinggalkan note yang tertulis: "Yup. I'm out of my mind."
Tapi tu dulu la. Dulu. Dulu-dulu.
Masa tu aku baru berumur 16 tahun. Memang aku suicidal masa tu. Aku tak reti nak berfikir sangat.
Sekarang ni boleh la.
Boleh sikit.




Lepas kena terribly bullied & ditinggalkan oleh so-called 'kawan sampai mampus', aku tak tahu nak buat apa. I really struggled to face them all. Aku tahu aku harus lupakan segalanya, aku harus lupakan perasan malu dan sakit hati yang bertahun melekat dalam hati bila (selalu) dibuli dan jadi mangsa racism tanpa sebab, aku harus lupakan perasaan sakit yang lukanya disebabkan oleh kawan dan keluarga sendiri. Tapi aku tak boleh. Don't ask me why. Aku memang tak boleh. Aku seorang pendendam dan pengingat jasa, aku tak boleh senang-senang nak lupakan perbuatan orang. Kalau kau, apa kau rasa kalau orang selalu cakap "nobody likes you or wants you here", "pergi balik ke tempat asal kau", "kalau kau taknak pergi balik ke tempat asal kau, kau boleh pergi mati" dan "kalau kau mati, aku akan buat parti".
If you're 15 or 16 years old and totally fragile and extremely weak, how would you feel or react to it? Kau rasa kau dapat lupakan semuanya dengan mudah? Dengan sekali snap, and everything will be OK dan kau boleh move on and laugh and just be happy? That easy?




Aku masih ingat masa tu, tahun 2011. Dalam kelas, aku duduk di depan sekali. Which is weird sebab selalunya aku akan ditempatkan di belakang sekali because of my height. Aku rasa bodoh. Selalunya, kalau aku duduk di belakang sekali aku akan rasa bodoh. Bila duduk di depan sekali, aku rasa aku lebih bodoh. Rasanya kalau aku duduk di tengah-tengah kelas, mungkin aku lebih bodoh atau official bodoh. Depan belakang kiri kanan aku akan kena tikam. Duduk di barisan depan, orang kat belakang senang-senang baling kertas kat kepala aku. Bila aku naik angin, cikgu pulak marahkan aku, kata yang aku sengaja memulakan masalah sebab aku mahu kan perhatian because 'I'm all alone'. Teacher, you are supposed to be teaching, not judging. And being all alone were NEVER bother me. Being alone is my thing, for your information. Aku benci duduk dalam kelas tu. I'm never going to fit in there. The only thing yang aku tunggu-tunggu lepas mata pelajaran pertama bermula ialah waktu pulang. The only thing yang aku buat sepanjang masa dalam kelas was counting hours. Belajar? Tak. Aku tak dapat fokus. Bila aku balik ke rumah, aku berkurung dalam bilik 24 jam dan baring atas katil dengan kepala hotak yang sarat dengan persoalan 'KENAPA?'.



Kenapa aku rasa macam ni?
Kenapa mereka tingggalkan aku?
Kenapa mesti bapak aku?
Kenapa nenek aku terlalu pentingkan status?
Kenapa pakcik aku berlagak sangat?
Kenapa semua makcik aku pentingkan kerja & kekayaan?
Kenapa mak aku buat macamtu?
Kenapa orang buli aku?
Kenapa aku asyik kena buli sejak dari kecik?
Kenapa aku hodoh?
Kenapa aku bodoh?
Kenapa aku tak boleh buat apa-apa?
Kenapa orang benci aku?
Kenapa semua dah berubah?
Kenapa orang tak peduli dengan perasaan aku?
Kenapa aku tak ada self-confidence?
Kenapa aku buat tu dulu?
Kenapa aku macam ni sekarang ni?
Kenapa aku dah berubah?
Kenapa tuhan buat aku macam ni?
Kenapa takdir hidup aku macam ni?
Kenapa aku tak kuat?
Kenapa aku asyik nak bunuh diri?
Kenapa aku asyik cederakan diri aku sendiri?
Kenapa society jahat macam ni?
Kenapa aku asyik kena fitnah?
Kenapa dunia tak adil?
Kenapa manusia jahat?
Kenapa aku harus membesar?
Kenapa aku wujud?
Kenapa aku tak boleh hidup macam dulu?
Kenapa aku tak boleh happy macam orang lain?
Kenapa asyik aku?
WHY?
And the list goes on..


Pedih. Kau ingat aku suka berkurung dalam bilik dengan kepala otak yang tengah sarat macam tu?
Macam celaka tahu?






All I did was only baring atas katil dan memikirkan benda yang aku rasa sangat remeh dan langsung tak ada kena mengena dengan aku tetapi sangat menganggu ketenteraman hidup aku. I kept wondering what can I do to fix everything, I tried to remember who I was back then, I tried to get rid all of these chaos in my head and my life. Until I exhausted. Mentally exhausted. Aku rasa there's nothing more that I could do. So, aku give up. I fantasized about suicide a lot. I can't recall when but I remember that one night, I thinking seriously about suicide. I trapped. I often feel the need to escape from my current life. Kalau boleh, aku nak pergi ke masa lampau, where's aku masih berkawan dengan Mar and I can be happy and be able to laugh in anytime. I never in the present. I either in the past or nowhere. Yup, aku terperangkap. My pasts haunts me, constantly like every damn second. Pagi-pagi, bila aku rasa aku tak mahu pergi ke sekolah, aku mesti akan bergaduh dengan mak aku. Aku taknak pergi ke sekolah. Aku tak tenang kat sekolah. Orang buli aku, I have no friends, aku takde semangat nak belajar lagi, aku tak dapat fokus dalam kelas, aku sentiasa marah bila dalam kelas. Kenapa aku mesti pergi sekolah kalau aku kena buli? Kenapa aku nak pergi ke sekolah kalau aku tak dapat beri konsentrasi dalam kelas? Why should I go there when no one has ever liked me? Aku nak bagitau kat mak aku yang aku dibuli, yang aku ada masalah, but I can't. I just can't.




Sebab mak aku sendiri pun ada masalah dia sendiri. Mak aku di khianati dari kiri-kanan-depan-belakang. Kitorang tinggal dekat tempat yang penuh dengan orang hipokrit. Dengan masalah anaknya(aku) yang tak mahu pergi sekolah. Aku decided untuk berdiam diri macam selalu. Nampaknya, perkara tu membuatkan mak aku lebih stress. Dia tak tahu kenapa aku tak mahu turun sekolah, kenapa aku dah tak bercampur dengan orang, kenapa aku dah tak hang out dengan kawan aku, kenapa aku asyik masuk bilik bila keluarga aku yang lain datang, kenapa tangan & kaki aku asyik berdarah, kenapa mata aku asyik lebam.... sampai lah satu malam. Malam tu aku nak pinjam phone mak aku. Aku terbaca message yang di beri daripada makcik aku yang tertulis:

"Mungkin dia ada symptom kemurungan".

Sikit pun aku tak ubah ayat kat atas tu. Aku baca conversation mak aku dengan makcik aku dari mula sampai akhir. Semuanya pasal aku. Dan rasanya aku dah tahu kenapa aku asyik rasa down tanpa sebab sentiasa sejak tahun lepas. It took me a while before knowing there was a name for this long blues. Aku pernah baca artikel tentang kemurungan. Tapi masatu, aku anggap kemurungan tu sbg satu perkara biasa yang di alami oleh remaja seperti aku. Dan aku rasa yang kemurungan itu tidak akan berpanjangan dan akan pudar dalam masa yang terdekat.




I was wrong.
Tanpa bantuan, perkara itu jadi makin teruk. Aku mula rasa yang ini bukan kemurungan. Ini lebih daripada kemurungan. Sampai aku lupa yang aku mengalami kemurungan dan aku kembali tertanya-tanya what the hell is wrong with me. Sejak daripada tu, aku rasa aku asyik nak lari. Lari dari kebisingan, lari dari keluarga, lari dari sekolah, lari dari diri sendiri, lari dari semuanya. Aku siap buat nota kat dalam buku diari aku untuk mak aku baca. Satu saat, aku dah betul-betul nekad. Aku betul-betul nak lari. But I never did. Aku kesian kat mak. Aku satu-satunya harapan. Aku tak jadi lari. Aku tak mahu malukan mak. Lagipun kalau aku lari, kemana aku nak pergi? Bawah jambatan? Bodoh me. I told myself that I'd fix everything's up. So, I stayed. Aku asyik bergaduh dengan adik aku sebab dia selalu buat bising, dan makcik yang ambil dia sbg anak angkat took her place and bergaduh dengan aku. At first, dia menjerit kat aku asking why the hell aku marah kat adik aku. Dah jelas-jelas yang adik aku tu tak dengar kata, annoying & asyik buat bising. Aku suruh diam, dia taknak diam. Mentang-mentang aku dah fully fucked up, yang salah semuanya kat aku. Yup, we fought. Aku tak dapat nak pendam lagi, tak tahu kenapa aku menjerit marah macam orang gila. Then, aku masuk bilik. Walaupun hati aku masih panas tapi oleh kerana aku seorang budak perempuan yang baru berumur 16 tahun dan menyimpan seribu satu masalah, aku menangis. Tapi aku rasa lega. Aku rasa macam segala beban yang ada dalam dada aku, aku dah lepaskan. Tapi aku tak puas hati. Ikutkan hati, nak je aku pukul makcik aku tu guna kayu. Tapi disebabkan dia tu makcik aku dan aku mengelak daripada ditimpa tulah dikemudian hari, aku kunci bilik aku, aku sepahkan buku sekolah aku. Aku pecahkan benda yang berkaca termasuk cermin tingkap bilik aku, dan phone aku.
Baru puas hati aku.
Itu memang cara aku melepaskan marah atau geram. Aku mesti tumbuk atau pecahkan something.
Memang bodoh.



Aku tak keluar dari bilik walaupun kejadian tu dah 2-3 hari berlalu(p/s: makcik aku tu masa tu tinggal dengan kitorang). Berhari juga bilik aku bersepah. Aku tak peduli dengan semua tu. Biar la bersepah. Kesah ape aku. Kalau kau fikir bilik aku such a mess, kau patut tengok hidup dan otak aku. Berhari juga aku tidur dalam gelap. Tapi masa tu, aku dah tak takut dengan gelap atau benda yang wujud di dalam gelap. Sebab aku lebih takutkan kegelapan yang ada dalam hati dan hidup aku. I started to embracing my inner darkness. Mak aku tak ketuk pintu bilik aku, tapi aku faham. Mak aku nak aku bersendirian, mak aku tak nak ganggu aku. Aku keluar bilik hanya bila mereka semua keluar. Atau, bila ada kakak aku je. Nasib baik, masa tu kakak aku faham dengan aku.
I remember always blaming the fate for being unfair with me. Then I blamed God for making my life like this. Lastly, I blamed myself. Instead of pray to God, aku marah-marah dengan takdir hidup aku. Bodoh kan? Never in my life had I felt so worthless. I felt stupid, weak and very lonely. I've been trying so hard not to be a loser. But the more I force myself, the more I hate myself. I feel like a failure. EVERYDAY. I feel like a fucking failure. Almost every night I cried. But I told myself not to cry, and to be stronger.



Malangnya, aku masih macam tu(masih fragile) sehingga hari ni.
Cuma sekarang, aku berteguh kuat dan percaya dengan kuasa Allah.



Dari 16 tahun ke 17 tahun. Aku masih dan malangnya semakin kritikal. Nasib baik, kitorang duduk jauh dari kesesakan bandar, aku pulaukan semua orang(sebenarnya, aku yang memulaukan diri aku sendiri daripada semua orang). Aku tak pergi sekolah, I failed at exams, kena gantung sekolah, surat warning melambak, aku tak turun kelas pedang, aku escape kelas Tae-Kwon-Do, kerja rumah selalu tak siap, selalu kena hukum, tak hadir ke kelas tuisyen.. Before, I was known as the clever girl. I was always a smart and good student. I was always wanted to be the best among the best. Aku dulu seorang yang competitive. Setiap kali cikgu tanya soalan kpd kelas, aku lah makhluk pertama yang akan angkat tangan nak jawab. I was a strong girl too. Bila kena buli, senang je aku angkatkan jari tengah aku dan lawan mereka balik. Hidup aku dah terbalik. I turned to the kid that just faded into the background, sitting alone in the back, not even talking or smiling and silently fighting my inner demon alone. I slowly became weak. Aku selalu datang lewat, sentiasa yang terakhir masuk kelas. Library adalah tempat untuk aku lari dan bersembunyi. My grades dropped like crazy. Disebabkan aku tak berani nak tegur sesiapa, one of my jobs are watching people and I often ask myself, how could they be happy and I'm here feeling like I've been stuck in a whole and there's no way I can get out of this? Why can't I be like them? Why was I born and suffer like this? I think about it every damn time sampai aku tak dapat tidur malam. I totally reversed my sleeping pattern to sleep during the day(still doing it). And from there, I got insomnia. Fyi, aku hidap insomnia since aku berumur 16. Yes. Everything's starts when I was 16. Waktu malam, aku akan main video games, tengok cerita hantu, paranormal videos and I was so addicted to it.....and still; macam orang yang ketagih tengok porno setiap malam. Setiap malam, aku akan tengok cerita hantu. I'm not quite sure why, mungkin itu cara aku cope dengan kemurungan aku. I'd sometimes take a walk to the lebuh raya belakang rumah when I was sure my family were dead sleep. I need some fresh air too. And midnight mists are the best.



I enjoyed the quiet of the night. No one around me that will judge me for being the loser I was. In fact, that was why I avoided everyone. Especially my pakcik and my makcik. I couldn’t bear the thought of always being judged, being compared, being called stupid, fat, ugly, lazy, everything..



Setiap masa aku berfikir dan cuba untuk cari jawapan kenapa aku asyik di buli dan kenapa orang tak suka aku. Satu-satunya jawapan yang aku rasa betul ialah, mungkin sebab aku tak cukup kurus, tak cukup cantik and not cute enough to be treated well as those pretty motherfuckers in my school. My aunties and others cakap yang berat badan aku okay, yet they still talking shit behind me. People often telling me that I'm amazing but I can't see it. So, I started to starve myself. Aku tak makan. Aku selalu check the 'lemakshit' kat badan aku. I became grossly uncomfortable with my weight. Aku tengok muka & badan aku closely in the mirror, dan menyumpah seranah diri aku sendiri. I can stand in front of the mirror and hate myself for hours. I can't look in the mirror without feeling disgusted. Do you know what it’s like to feel ugly all the time? Have you ever just cried because you are YOU? Mental aku mereput bersama dengan andaian dan persoalan dalam minda aku. Aku sengaja meningatkan aku kembali to the moment when aku kena buli secara verbal dengan teruk before. I began to eat my own feelings. Aku biarkan aku kelaparan. Kalau aku dah tak boleh tahan, aku akan curi-curi makan. Bila aku rasa aku dah terlebih makan, aku rasa bersalah. Lepastu, aku muntahkan balik makanan-makanan yang aku makan straight after I ate it. Baru aku rasa lega dan selesa. Aku ingat, kalau aku makan dan muntahkan mereka balik a few minutes later, aku tak akan gemuk. Itu cara aku 'diet' masa tu.




Aku ulang perbuatan aku tu berbulan-bulan. Lepas makan, muntahkan balik. Bila perut aku berbunyi, aku rasa puas hati. Aku rasa aku dah accomplished. Bila aku terlupa dan terlebih makan, aku gelabah. Aku menyumpah seranah diri aku sendiri sebab aku rasa aku dah gagal. I don't know for what I hate myself more: being such a fat cow, or keep eating like a pig. Aku muntahkan semuanya, AGAIN. Sejak dari tu, aku mula jaga 'rutin muntah' aku. Aku hitung dan tetapkan masa untuk aku muntah. Aku jaga 'rutin muntah' aku in the same way of how typical girls fikirkan tentang baju cantik, merias kuku, mekap terbaru, pergi salon, boys.. Tahun 2012, aku tak buat macam tu lagi. Sebab berat badan aku turun. Tapi, penghujung 2013, aku start buat macam tu balik sebab berat badan aku dah naik. 2014 sekarang.... yup, aku masih buat. Tapi dah berkurang dengan sedikit nasihat dan bantuan daripada doktor selepas doktor mengesahkan that I'm diagnosed with eating disorder(bulimia nervosa).
The result of perbuatan aku(asyik makan muntahkan balik muntah dan seterusnya), menyebabkan perut aku sentiasa sakit sebab perut aku tak ada makanan untuk di cerna dan perut aku menyusut. Masih ingat entry aku yang lepas-lepas? Masuk hospital sebab sakit perut? It's not really caused by gastric & salah makan... sorry.




Sometimes it's hard to recovering from an eating disorder. I can always feels the darkness trying to creep back in.


Masa sekolah dulu, aku cuba untuk turunkan berat badan not because I wanted to be famous in school. Aku tak nak. Tak ingin langsung. Aku cuma nak orang kat sekolah layan aku dengan baik. Once or twice in a week pun boleh la. Aku pun tak faham lah dengan mereka ni. Kalau dah tak dapat layan aku dengan baik, why won't they just leave me be? Leave me alone la sial. Babi betul.



Kalau dulu I keep crying because of how horrible my life was, now I cry because of myself. Because I'm a fucking loser. Aku tahu aku dapat berubah tapi entah kenapa, kekuatan yang ada dalam diri aku ni seolah tidak cukup dan tidak mampu untuk menolak aku untuk bangkit berdiri daripada terus terbaring. Kekuatan datang macam angin. Datang tak sampai sesaat, dah berambus. I admit, I survived this war because I ran and hide. Not because I fight. You can call me a coward but you can't change the fact that I still alive. I'm sorry. I'm pretty sure my 8 years old me not proud of who I am today. Heh, aku umur 8 tahun pun dah start kena buli.



It's getting harder to hide the pain. Late 2013, I got my hopes up. After a long time of abusing myself tak kira dari segi emosi atau fizikal, I've got my hopes up again. Even though it's on and off. I don't have any idea where did those feelings came from. But I just felt like, I have to wake up and I need to be alive again. Apparently, that was my 'wake up call'. July 2013, aku bagitau kat mak aku tentang semua perkara yang aku patut bagitahu dia 3 tahun sebelumnya. Aku cakap yang aku nak kaunseling, kalau jumpa psychiatrist lagi bagus. Maybe they can help me out? It was a long process and I was finally met the counselor. Yay, finally. My own personal counselor.
Unfortunately, the therapies and the counselling session didn't seem to work for me and neither did pills(antidepressants & antipsychotic). All these things didn't help me. AT ALL. Macam-macam aku tanya kat kaunselor aku. Pasal kem motivasi, depression rehab.. Tapi, kaunselor aku cakap, kat negara ni memang susah sikit nak cari. Hm, banyak sangat pubs dan kelab malam dibangunkan agaknya. Mungkin keseronokkan dan dosa lebih penting berbanding daripada kesihatan dan kesejahteraan mental rakyat.




From 5 years ago until now my life is still the same. Days aren't really days. My life is just not at all turning out as I planned. I'm fairly unhappy with my life, myself, everything. Today, just like every day before, I wake up to nothing, but to feel the burden in my chest. I wake up in the morning just to go back to the bed again. I do that a lot. People think depression is crying. No. Aku tak sedih. Tapi aku tak OK. Aku terasa kosong tapi kalau kosong, kenapa dada aku terasa berat sangat? How can emptiness feel so heavy? You tell me. I do cry at midnight sampai tertidur, tapi bila aku bangun keesokan harinya, aku masih tak rasa lega dan tak rasa normal mahupun stabil. Tapi sekali lagi, aku tak sedih. Perasaan tu tak dapat di jelaskan. Tak sedih, tapi tak kosong. Tak happy, normal apatah lagi. Depression is unexplainable. You wake up, you look in the mirror, you think you are ugly, you think you are fat, you just want to cry, but you can't cry because the tears won't come out and your eyes hurt, you want to die... And the worst thing is, the next day, it happens all over again until the day you give up.
8 tahun yang lalu, aku bayangkan aku yang berumur 19 tahun sekarang ni akan sambung pelajaran dan kejar impian aku to be a nurse(at least). Tapi tuhan ada plan lain. After school, instead of looking for universities, I look for help, I look for depression rehab.
It hurting and tiring. It's really hurting me.
Tapi apa yang lebih menyakitkan? Being told to stay strong and to be stronger. Aku tengah stay strong la ni. Can't you see? Of course you can't. Depression dan kesakitan dalam hati mana boleh dilihat dengan mata kasar. Lebih-lebih lagi mata kasar orang-orang normal macam kau dan kau. Depression isn't that easy to notice. Kau ingat aku siape nak stay strong lama-lama? Aku rasa orang pandang aku seolah-olah aku tak cuba untuk bertahan, kerja aku nak komplen hidup stress je(forgive me when I complain about my life. I'm not complaining. I just want to explain my real situation, what am I facing/dealing with everyday). Sampai bila aku nak "stay strong je"? Bila orang bagitau aku to just stay strong or be stronger, aku rasa seolah-olah akan ada lagi tahi yang bakal mengotorkan hidup aku. Tapi aku cuba untuk fikir positif. Depression is a bit trickier to off, but I'm getting better at it. Syukur.



Apa-apapun, alhamdulillah aku masih bernafas.
Kepada sesiapa yang tak senang melihat aku masih bernafas, maaflah. Mari jangan lawan kehendak tuhan.


Well, cerita aku masih panjang. It's not over yet. I would like to talk more about this sebab banyak orang misunderstood dengan depression. Apa yang lebih teruk, some people are even use depression hanya untuk berlagak cool. I don't like it tapi aku tak boleh nak hentikan mereka untuk terus jadi assholephrenia. Kebodohan kadang-kadang tak dapat dihentikan. Aku akan cuba untuk biarkan mereka menge-fuck hidup mereka sendiri dan aku cuba untuk pulihkan hidup aku. Heh, jangan ikut cara aku cakap atau menulis. Cara aku cakap(atau menulis) memang macam sial sikit. Kalau dah geram sangat la. Kalau tak geram pun kadang macam sial juga. Kot. Hehe.



Kalau kau di tempat aku, kau mesti faham maksud gambar ni
;)



Hari ini, hari Jumaat, October 10, 2014 ialah World Mental Health Day. Sempena hari mental health sedunia, aku kongsi cerita aku pada hari ni. Dan aku akan ingat seseorang tu. Siapa seseorang tu, biarlah aku sorang je yang tahu.



My name is Ying. I am 19 years old girl. I am stronger than depression, I am braver than loneliness and nothing will exhaust or stop me.



Semoga hari anda indah.
Elakkan diri anda dari depression. Depression is not a 'cool' thing. Jadi, kalau anda tidak di diagnosed oleh depression, jangan nak memandai-mandai cakap yang anda depressed. Tolong 'respect' dan kasihan dengan orang yang betul-betul depressed(kalau mahu famous, asah bakat yang ada pada diri. Kalau tiada bakat, pergi cari). Depression dan kesedihan ada bezanya. Kalau nak tahu apa beza antara mereka, jangan malas membaca. Dan kalau anda di diagnosed oleh depression, jangan mengalah! Kick its ass and live your life, like how it was meant to be lived. Good luck. I wish you the best.
I once a fucked up girl. Now I'm on my way to wake up and fuck everything's up.
Lagi sekali, jangan ikut cara aku menulis.
Aku pun tak pasti berapa banyak patah perkataan yang aku guna kali ni.
Bye.


Sunday, 21 September 2014

Liebster Award III & IV




Tak mahu cakap banyak. Aku masih mamai.




I) Mention the person who nominated you with a link to their blog.
II) Answer the question asked.
III) Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with a lots of potential macam aku. Eh?
IV) Create 11 of your own question for them to answer.
V) Notify your nominate.




Thanks Fatyn & Anna Lee



Fatynn:


1)
Q: Seseorang sedang mengacukan pistol pada anda? Apa yang anda akan lakukan? pilih tiga perkara dan hurai. a) mati b)senyum. c)lari 
A: D) "Try me"
Huraian: Berani pegang pistol, berani la nak tarik picu tu. Senang. Aku pun dah malas nak berurusan dengan manusia kat dunia ni. Haha



2)
Q: Masa kecik dulu apa perkara yang biasa anda lakukan?
A: Bernafas sudah semestinya.



3)
Q: Perkara yang buatkan anda psiko? 
A: Kalau bawa pisau dalam beg setiap kali keluar rumah dikira psycho tak? Bawa pisau sebab takut-takut ada perogol bersiri ikut.
A ii: "You are most likely" - psychiatrist.
A iii: Tapi urusan saya dengan psychiatrist belum selesai. Saya bukan psycho. Tak kira jenis palsu atau yang betul. Walaupun doktor bagi ubat antipsychotic.




4)
Q: Masa anda pergi jalan2, ada orang puteh yang tak berpa nak puteh sekat dan  tnya anda tentang kereta lembu sb dia tak tahu kereta lembu tu apa. Anda nak jawab apa? Speaking pleaseeee. Campuran malay + english pon bole. 
A: "Sorry sir, I don't have any idea about that too. Let's find out about it together shall we?"




5)
Q: Seseorang watak dalam novel yang anda minat tersesat di dunia anda kini. Apa yang anda kan lakukan?  
A: Ajak lepak & ajak jadi best friend. (sedang menunggu Faris hasil khayalan Nami Cobb Nobler)



6)
Q: Anonymous datang dan cakap bukan2 tentang anda dalam komen. Tindakan anda? 
A: Ajak berlawak. Kalau tak dapat di bawak bergurau ertinya dia perlukan doctor. Saya dengan senang hati recommend-kan doctor saya. Nanti boleh buat appointment sama-sama. Boleh selesaikan anger issues sama-sama.




7)
Q: Ketika anda sedang termenung di kawasan orang ramai, tiba2 anda sakit mata. Kemudian anda mengenyit2kan mata anda untuk menghilangkan benda asing yang bermaharajalela dalam mata anda. Tetapi ada mamat / minah perasan yang korang kenyit mata pada dia. Apa yang korang akan lakukan? 
A: Teruskan mengeyit.





8)
Q: Ada cili merah yang melekat kat gigi anda masa anda sedang berakap dengan someone. Macamana? 
A: Kalau cili merah kira okay lagi. Kalau tahi gigi? Saya jarang bercakap jadi saya selamat.




9)
Q: Perkara yang korang rasa terlepas dalam hidup. Korang menyesal tak lakukan suatu ketika dahulu. 
A: Tolak tawaran masuk ke sekolah yang dikira khas untuk budak pandai sebab rasa diri ni bodoh sangat dan tak layak. Rupanya dulu saya pandai. Kalau saya terima, takde lah saya bodoh macam sekarang ni.




10)
Q: Jika anda jadi cinderella?
A: Dah pernah jadi dah.




11)
Q: Apa yang korang suka dalam blog miss-fatyn?
A: Ribbon pink. Dan banner. Cantik. Princess-princess gitu. Haha.



------------------------------


Anna Lee:


1)
Q: Kenangan manis sepanjang berada di dunia BLOGGING.
A: Dapat kenal Anna. Hehe (Pick Up line jokes lulz)



2)
Q: Apa topik yang korang paling gemar semasa menulis blog?
A: Not specific. Deep thoughts, mungkin? Deep ke? Haha.



3)
Q: Apa keistimewaan yang ada pada diri korang?
A: Masih mencari keistimewaan itu.




4)
Q: Topik yang korang paling tidak gemar baca pada sesuatu blog?
A: Saya OK je. Kalau sedang saya membaca tu tiba-tiba saya rasa saya macam tak gemar dengan penulisan tu, saya tak gemar la. Hehe.




5)
Q: Design blog yang korang suka apabila masuk dalam mana mana blog
A: Simple is better.



6)
Q: Masalah yang korang sering alami apabila berkunjung ke blog orang lain. Berikan penyelesaian kepada masalah tu kalau boleh..
A: Lagu. Kalau boleh jangan letak. Tapi itu hak orang tersebut la nak letak ke tak kan? Saya sebagai pengunjung tiada hak untuk menghalang mereka. Lulz.





7)
Q: Nyatakan satu barang milik korang yang paling disayang.
A: Koleksi buku seram.




8)
Q: Jenis lelaki atau perempuan idaman korang?
A: Rujuk sini.




9)
Q: Apa perkara yang paling korang suka yang boleh buat korang jadi teruja?
A: Dapat novel seram/serial killer yang baruuuuuu (takde life. memang.)



10)
Q: Boleh tolong betulkan grammar ana? Kalau ada yang korang rasa macam tak betul jaa masa baca entry ana.. tegurlah, ana ta kisah .. tapi korang mesti betul betul betul!
A: Haha Anna, akak pun tak berani nak betulkan grammar Anna. Akak punya grammar pun kadang tunggang langgang:)



11)
Q: Pendapat tentang Ana Lee dan blognya dari segi design dan entry.
A: Anna cute okayyy? Macam anime. Blog dia apatah lagi. Haha. Overall, Anna is a sweet person.




Nanti-nanti lah korek follower yang seciput kat sebelah tu. Nak rehat jap.
Semoga hari anda indah!

Tuesday, 16 September 2014

7 embarrassing secrets / Versatile Blogger Award II


Hi.
Been tag for the second time by different person, Lenne Danielle.
Thanks Lenne;)
Well nampaknya aku terpaksa reveal lagi 7 embarrassing secrets aku. Haha.



-Thanks to the person who gave you this award
-Include a link to their blog
-Select 15 blogs / bloggers you've recently discovered / followed regularly
-Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
-Tell the person who nominated you with 7 things about yourself


------------------


1) Intorvert.
Aku pernah mengambil ujian personaliti secara online dan keputusan menunjukkan aku adalah makhluk yang tergolong di dalam golongan introvert. Baru-baru ni aku baru saja tamat menghadiri Kem Pengurusan Emosi dan Motivasi Diri dan aku berpeluang untuk mengambil ujian personaliti diri yang sebenar. Aku di beri soalan IPS(Inventory Ujian Personaliti Sidek) dan aku mendapat skor 100% dalam kotak Introvert. I enjoys solitude & doesn't enjoy loud, sociable situations. I prefer quite places so I can enjoy doing my things-- reading, berangan, writing(my diary, personal story & personal thoughts).
Introvert: maksud introvert.
IPS test Q's example: here.




2) Antisocial.
Some people, they define "Anti-social" as, bila berkumpul/lepak kat satu meja, semua tekan punat handphone. Lepas sembang, scroll handphone. 5 minit kemudian, scroll lagi. 10 minit kemudian, scroll lagi. 30 minit kemudian masih scroll dan terus scroll scroll scroll sampai semuanya mampus. Aku define antisocial as tak keluar rumah, tak berkawan, takde life, takde hobi, dan aku lah tu. Well, anti social kan? Of course la tak keluar rumah, takde kawan, takde kehidupan sosial dan membosankan orang. Tengok saja lah Instagram aku, Twitter aku, Facebook aku, ada ke aku post gambar keluar bersosial dengan 'kawan-kawan'? Kadang, bila aku rasa aku dah lama sangat berkurung dalam rumah, aku akan keluar rumah for the whole day by myself. E.g -riding bus alone, tengok wayang sorang-sorang, lepas tengok wayang, pergi sana, pergi situ, pergi sini. Pulangnya, tengah malam. Lepastu, tak keluar-keluar untuk berbulan-bulan.




3) Extremely Quite.
Tapi aku bukan pemalu. Aku hanya tak suka bercakap. Kenapa? Tak tahu. Sesetengah orang cakap aku bisu. What the hell. Tapi itula manusia. Suka menilai orang dari luaran dan pandangan pertama. Hmp. Kalau bukan dari luaran, dari mana lagi dorang nak judge kau, kan? Itu la manusia. Memang suka menilai dari pandangan pertama. Tapi takpe, sebab dah lumrah. Kita mungkin hanya jumpa seseorang itu hanya untuk sekali je(contoh: kau terlanggar bahu dgn sorg kakak. Kau mintak maaf, dan pergi. Itu kali pertama dan terakhir kau jumpa dia). Tanggapan pertama = Kalau kau menyumpah kakak tu masa berlanggar dengan kau, jahanam lah kau. Kalau kau mintak maaf dan senyum, baik lah kau. Sebab tu, kita kena jaga tingkah laku kita. Kalau kau taknak orang judge kau la. Tapi bagi aku, buat apa nak jaga had diri sendiri hanya untuk memuaskan hati orang lain, tapi bukan diri sendiri? Jadi diri sendiri. Tunjuk both side, baik atau buruk(tak disarankan). Tapi jangan sampai tempias tu terkena kat batang hidung orang lain. Tanggung sendiri la.
Aku rasa aku dah menyimpang jauh.
Maaf.




4) Jap tengah fikir.
Aku dah tulis tadi tapi itu biar aku seorang je yang tahu.




------------------------







5) Horror Fan.
Namun aku bukan la seorang yang berani. Sebaliknya, aku seorang penakut. Kadang, benda yang tak harus di takut pun aku takut. Realiti misalnya. Kalau orang, tengah-tengah malam dorang akan bukak website porn dan tengok porn sambil beronani. Aku, aku tengah-tengah malam(kalau rasa down & sedih) pergi bukak website hantu, tengok video hantu sampai aku tak rasa down lagi. Sebab aku penakut. Bila aku ketakutan, perasaan sedih dan gelisah akan hilang dan ketakutan yang mula datang mengganti dan menguasai diri. Mungkin ini cara aku "cope" dengan kesedihan.





6) I love animals.
Well who the hell doesn't? Okay, mungkin hanya mak aku, makcik2 aku, nenek aku, pakcik aku tapi aku suka binatang. Aku suka binatang lebih daripada manusia. Monyet, kura-kura, kucing, hamster, burung, ikan, arnab, tupai.. ini je lah haiwan yang aku pernah bela so far. Awak je lagi yang saya belum bela. Hehehehe. Dan dalam rumah, nobody can give a name to binatang yang baru lahir atau baru beli. Aku akan namakan dorang. Mesti aku. Harus. Muhammad Patrick, Mohammad Anderson, Adnan Abu David, Faizal Clark, Ahmad Matthew, Haziq Oscar, Aminah Kate, Gabriella Ateefa, Latipah Andreanna, Munirah Nancy, Rahimah Betty, Maimunoh Marry, Hairanah binti DuaKali and on and on and on. Bila aku bosan, aku pergi lepak dengan dorang. Bila aku teringat or panggil-panggil nama mereka, sure lepastu aku akan gelak berdekah.
Siape cakap takde kawan dan hanya berkawan dengan binatang sangat membosankan? Kau tak tahu macam mana nak hiburkan diri sendiri, itu pasal la kau berfikir macamtu.






7) Awkward.
Banyak orang proclaim diri mereka sebagai seorang yang awkward. Yang tak awkward pun menyatakan diri mereka awkward(mungkin dia memang awkward. Aku apa tahu). Dan hal itu menjadikan golongan awkward ni mempunyai banyak jenis. Fake awkward, the hider, the avoider, etc. Dan aku jenis yang kekok. Dah namanya awkward? Lulz. Okay, contoh. Bila aku decided untuk keluar (dengan atau tak dengan mok), kalau aku tak bawak beg, aku tak tahu nak buat apa dengan tangan aku. Should I just let my hands free? Should I twirl my hair? Should I bite my nails? Should I berpeluk tubuh? Memang tak produktif. Contoh kedua: bila aku get really nervous and people keep talking and then asking me "how about you" atau "what do you think", I'll just stay quite and stare in their eyes without blinking. Bukan sebab aku malas nak layan, tapi sebab aku nervous, dalam masa yang sama, sel-sel kepala otak aku tengah berlumba-lumba cari jawapan. Ye, aku memang teruk dalam communication. I express my thoughts better in writing than in conversations. Tapi tak mengape. Quiet people have the loudest minds, aren't they? ;)




That's it.
Lagi 7 perkara tentang diri aku yang tak tentu hala. Lepasni aku kena tag orang lain pulak. Kalau in the future, kau dah tag aku tapi kau nak tag aku lagi sebab tak tahu nak tag sape, tag lah aku. Aku dengan ringan tangannya menerima.
Tapi, macam malas pula aku nak tag orang lain buat masa sekarang. Lepasni la aku korek follower kat tepi tu. Nanti aku inform. Stay tuned!



Semoga hari anda indah!