Monday, 8 September 2014

THANKS


THANKS BON.
Just thank you.




This guy, dari awal sampai sekarang tak henti-henti support aku. He knew all my problems, he knew all my secrets, walaupun secret yang paling memalukan aku, yang paling aku tak mahu orang tahu, dia tahu. Mak aku sendiri pun tak tahu rahsia aku tu. I was officially diagnosed by Major Depression, Eating Disorder & other since 2011. Dia tahu semua tu, dan dia tolong aku.



Selalu jugak la aku susahkan hidup dia sampai aku ganggu dia masa tengah bercuti, tengah dia tidur hanya sebab aku nak cerita masalah aku. Sorry Bon, insha Allah lepasni tak ganggu lagi. Haha.
Rasanya Bon pernah masuk dalam cerita aku. Here.



Dia tahu yang masalah aku ni memang betul-betul wujud. Depression, ED tu mmg ada dalam diri aku. Aku tak buat semua untuk attention. Tapi tu la. Everytime aku cerita pasal masalah aku, semua cakap aku hanya mahukan perhatian. Buhbee la korang. Mujur dia ni tak. Dia tau aku tengah struggle teruk. Nasihat yang dia bagi kat aku rasanya tak terhitung kut. Masih jugak tak dapat nak naikan & kuatkan semangat aku. Aku nyaris-nyaris nak guna sistem THC(medical marijuana). Dah desperate sangat sebab antidepressant tak membantu at all. Dia ni macam teragak-agak sikit nak setuju bila aku cakap nak guna sistem THC lepas Chev, kawan aku yang lagi sorang suggest THC dgn aku kat Instagram.
Org belah sane mmg guna cara ni eh? Weed manjang.



Sampai satu hari, Bonn suggest benda kat atas tu kat aku. Tak konfiden jugak la mula-mula. Tapi bila orang dah kasi rebiu mcm tu, tak kan aku nak lepaskan, kan?
Heh.
Kalau kau mengalami depression & masalah psychosis & hampir-hampir nak mencederakan orang(yang betul-betul, tak mahu yg direka-reka), DM aku kat Twitter. We share our story. Aku sekarang dah makin OK lepas jumpa kaunselor. Lepasni aku nak jumpa psychiatrist as suggested by my counselor. Nak malu buat apa. Aku tahu aku tak gila. Jiwa aku bercelaru. Punca nya pulak bukan disebabkan aku. Orang lain yang mencelarukan kedamaian hidup aku. Aku jumpa psychiatrist sebab dorang. Dorang yang bermasalah sampai tempias masalah dorang tu kena kat aku:)
*EDITED* Kalau kau taknak DM aku kat Twitter, we can start our conversation kat Ask.Fm aku.

Tak membantu sangat tapi boleh la.


Sebahagian daripada ubat aku.


Antidepressant.
Pil yg aku telan setiap malam. Tapi skrg aku dah fed up.
Aku berhenti ambil pil ni. Kalau doctor tahu mmg bernanah la telinga aku kena bebel.
Antidepressants mmg tak addictive pun.



Those adalah langkah-langkah permulaan yang aku dah ambik.
Thanks Bonn, Chev & Zabb.
Ha, Zabb. Mamat yang selalu kena sumpah dengan aku. Dan dia ni seorang manusia yang creepy. Aku tak tahu dia ni selalu stalk aku & boleh jumpa semua account aku. Zabb ni mmg menyakitkan hati aku la tapi aku tak boleh nak buat apa sebab dia ni hypocrisy & psychotic. Nasib baik tak merbahaya sangat.


Ko tengok la. Dia tahu aku ada anger issues, lagi nak buat aku marah.


Sama macam Bonn, dia tahu dark secret aku. Bila aku betul-betul down, dia akan berhenti kacau aku & akan teman aku sepanjang malam. Nasib baik, waktu MY & tempat dia tak jauh beza.




Thank you guys.
Thank you so much.
Thank you.
:)

Monday, 1 September 2014

#BukanSeptemberWish






"Kau nak lelaki yang macam mana?" soal alter-ego aku.


Sunyi.
Selain daripada melodi lagu 505 daripada kump. Arctic Monkeys yang berkumandang di ruang udara, semuanya sunyi.
Siling aku renung, badan terbaring di atas tilam empuk, kaki kanan disilang di atas peha kiri, kepala dipangku dan beralaskan kedua-dua tapak tangan sendiri, dahi berkerut pening memikirkan jawapan. Senyum tidak. Soalan mudah, tapi sangat membunuh minda bila aku cuba untuk memikirkan jawapan yang paling sesuai.




Pejam mata.
Perlahan-lahan minda kembali menerjah ke masa lampau. Teringat sesuatu. Dulu, orang cakap aku gatal sebab muda-muda lagi dah ada impian nak berkeluarga besar dan hidup bahagia. Dan seringkali aku bertanya, salah kah impian aku tu? Salahkah kalau aku nak bermimpi? Salahkah aku nak hidup bahagia? Tapi aku tak peduli. Hak bermimpi, hak aku. Haktui. Dulu, bila aku bertanya soalan yang sama kepada diri aku sendiri, aku akan jawab, "Aku nak lelaki yang boleh buat aku gelak sepanjang masa."




Tapi sekarang aku dah besar. Aku mula sedar, aku tak boleh gelak sentiasa. Life is not always easy as we want. Perkara yang menyenangkan hati tak akan sentiasa berlaku, jalan tidak sentiasa lurus. Umur meningkat, taraf mimpi pun harus dinaik-taraf juga. Putera impian harus bertukar dari mimpi ke realiti. Mesti real. Nenek, makcik, jiran, orang sekeliling selalu pesan, cari lelaki yang bekerjaya, cari yang mampu beri kau makan, punya kereta besar, rumah besar, kelak hidup akan bahagia.




Tak tahu lah, kenapa aku rasa semua itu tak penting. Sebagai manusia, pandangan dan cadangan dari orang lain harus dipertimbangkan juga. Jangan pentingkan diri. Ya, jangan pentingkan diri sampai diri sendiri pusing. Selalu juga aku ajukan soalan yang berkaitan kepada mak aku.
"Mak, macam mana nak cari laki? Yang betul-betul laki." (sila gelak)
Mak aku jenis yang biasa, macam aku. Tak pandang duit. Yang penting, happy. Kalau boleh, cari lah ustaz. Selalu mak aku cakap, kalau aku dah ada anak nanti, dia nak hanto anak-anak aku ke sekolah agama. Tak kisah lah, se-mat-saleh-mana pun nama yang bakal aku bagi kat bakal anak aku nanti, dia nak hanto jugak. Sukahati emok lerrrr......nak buat apa.




Tapi sekarang ni aku mesti kembali ke realiti. Aku mesti dapatkan jawapan yang logik dari diri sendiri. Lupakan putera impian, fikirkan lelaki yang wujud dalam dimensi realiti. Tapi, realiti bagi aku penuh dengan tahi.. Menyakitkan hati. Tapi aku mesti. Takkan aku nak stay dengan kawan imaginasi? Kau nak bermimpi sampai mati? Taknak tunaikan impian jadi realiti? Tak nak jadi berani? Sengaja menganiayai diri sendiri.




Hm, melihatkan perangai lelaki zaman sekarang, rasanya lebih afdal kalau aku stay single. Selalu jugak aku bagitahu mak aku,
"Mak, taknak kahwin la."
Mula la mak aku ingatkan aku. Kalau aku tak kahwin, macam mana aku nak ada anak? Kalau tak ada anak, siapa nak jaga aku bila dah tua? Aku selalu jawab, rumah kebajikan kan ada? Mak aku selalu tanya balik, kenapa nak sangat pergi situ bila dah tua? Nanti jangan kesiankan diri sendiri. Aku selalu jawab balik, "itu pun kalau umur panjang." Sebab tu lah orang nak berubah, nak buat ibadah banyak-banyak. Lepastu tunggu mati je. Senang. Kat akhirat nanti jumpa lah pasangan hidup.




Mak aku berhenti bercakap. Dah kehabisan ayat, atau dah penat melayan kerenah aku, aku tak pasti. Maaf mak, sebab dapat anak macam ni. Yang difikirnya, asyik mati, mati, mati. Bangun, mati. Tidur, mati. Berjaga, mati. Siang malam pagi petang, mati.




"Lagi sekali, kau nak lelaki yang macam mana?" - alter ego.




Aku jarang fikir pasal laki. Memandangkan engko memaksa, aku jawab jugak. Sekarang ni, manusia yang tidak serupa manusia bersepah di luar sana. Yang baik tidak semestinya baik, yang jahat memang dah terbukti jahat. Tapi, mereka masih sibuk mengejar kesempurnaan. Sibuk mengejar kesempurnaan sampai terlupa untuk jadi manusia biasa. Jadi, buat masa ni, aku akan jawab, aku nak lelaki yang serupa manusia. Yang tahu dan mengenal manusia tu apa, dan tahu bagaimana nak jadi manusia. Tak perlu handsome, tak perlu bijak, tak perlu kaya, tak perlu hantar text sweet-sweet kat Whatsapp, tak perlu amik gambar secara sembunyi lepastu post dalam Instagram dengan caption yang bermadah, tak perlu beli 50 lilin hanya untuk buat surprise. Tak perlu. Yang perlu, jadi manusia. Hanya jadi manusia. Jadi manusia yang tidak sempurna macam aku. Manusia yang dah sedia tahu yang kesempurnaan itu tidak wujud. Manusia yang tahu baik buruk. Dan yang paling penting.. dia kenal apa itu tuhan, apa itu Allah.





Kepada alter-ego, yakni diri sendiri, ini kali terakhir kau dan aku bincang pasal ni.
Jodoh pertemuan dan ajal maut, semuanya di tangan tuhan. Cepat-cepat berubah dan bersedialah.
Usah difikirkan tentang mati dan lelaki. Perkara itu akan berlaku juga nanti.
I hope and wish your life is obstacle free.
Semoga hari anda indah.
Dan anda juga.