Tuesday, 10 June 2014

Aku di-tag lagi. Liebster Award II

Hye, anda semua. Aku di tag lagi. Aku rasa benda ni makin lama makin menyeronokkan, kot. Aku sebenarnya suka bila di ajukan soalan. Sebab masa tu je aku dapat rasa yang aku betul-betul tengah gunakan otak. Aku jarang gunakan otak aku sebenarnya. Eh? Anyway, I was tagged by Kaktus Oren on her blog. And of course, I liked the question that was given to me. Yang menjadi masalah kepada aku sekarang, lepastu aku kena tag beberapa blogger yang lain dan bagi soalan kepada mereka. Takpe, aku baru dapat follower baru. Korang yang baru follow aku tu, awas.








I) Mention the person who nominated you with a link to their blog.
II) Answer the question asked.
III) Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with a lots of potential macam aku. Eh?
IV) Create 11 of your own question for them to answer.
V) Notify your nominate.




1)
Q: Your date of birth - it's ok if you don't want to mention the year
A: March 2nd, 1995.


2)
Q: What kind of book do you like to read?
A: Horror, mystics, mystery, suspense, psychology horror, mind-fuck & anything about psychologies.


3)
Q: Who is your favorite author?
A:



4)
Q: What do you like to share in your blog?
A: My opinions about other opinions. And maybe some tentangan? Lulz, I don't know. Kalau saya rasa I don't agree with some statements, I'll post my opinion and reason here, my experiences, my stories and other with hope you guys could understand and know me. And hopefully I could connect with other blogger somehow.


5)
Q: Your favorite bloggers.
A: The Other Khairul. Walaupun dia kerek. Dan memilih. Dan dah lama tak update.


6)
Q: Your hobby.
A: I don't really have a hobby. Everyday I'm thinking about how to get rid over this depression and other disorders.


7)
Q: What's your activity during weekend?
A:  Same lame things. Read a book, open psychology websites and calming my ass down.


8)
Q: Your favorite food. 
A: Chiang ma soup, made by my mom. Also, Pho bo. And cheese. Pasta cheese.


9)
Q: Do you play any music instruments?
A: Ukulele.


10)
Q: Your favorite artist.
A: I don't really have one sebab tak ambil kisah sangat pasal artist. Heh.



11)
Q: What's your opinion about this blog? 
A: Your blog looks nice. Orangy girl. But maybe you don't really need mp3 player on your blog. Mana tahu, para blogger lain yang datang singgah your blog and at the same time tengah dengar lagu. Maybe your song a little bit menganggu their perjalanan. I think la.




Ohya, hye Kaktus Oren. Mungkin anda belum kenal saya dengan lebih lanjut. Saya sebenarnya tak berapa suka patuh dengan arahan. Jadi, saya tak akan tag sesiapa. Semua orang pun selamat. Alhamdulillah. Semoga hari anda indah!

Wednesday, 4 June 2014

Takut #1 - Losing Bestfriend

I've been trough A LOT. Lost a lot along the way. Confidence, peace of mind, my life, my self, my courage, and friendships too. However, God is Great. Walaupun hati aku betul-betul dah hancur luluh, walaupun kaki aku betul-betul dah tak mampu nak berdiri tegak lagi, diberiNya aku sedikit kekuatan dalam diri dan hati ini, walaupun dua-tiga hari ni aku rasa kekuatan itu seakan-akan hilang dan bakal fade away. Bila aku di ajukan soalan mengenai benda yang paling ditakuti aku dalam dunia ni, dalam banyak-banyak benda yang aku takut kat dunia ni, ada dua perkara yang terlintas laju di fikiran aku.





1. Friendship.
2. Relationship.




Since kecik, aku ialah spesis yang susah nak berkawan dengan manusia. I literally do everything by myself. Pergi sekolah sendiri, pergi kantin sendiri, balik sekolah pun sendiri. Mungkin sebab aku ni dulu selalu pindah sekolah. Setiap kali pindah sekolah, aku akan jadi orang baru. Setiap kali. I was always the awkward new kid. Aku tak dapat bercampur dengan orang. Dan orang pun tak dapat bercampur dengan aku. Salah satu alasan yang pernah aku dengar kenapa mereka tak kawan dengan aku ialah----"Kau suka perhati orang". But, it's okay. Aku malas nak sembang banyak pasal ni. When I was between 9-10 years old, there was one girl named Awin who've had always been smiling and tegur aku. Aku buat macam biasa je. However, kitorang 'sempat' rapat sekejap. Then aku pindah. Masuk sekolah menengah, aku jadi orang baru. Totally a new person. Aku berkenalan dengan tiga orang minah yang kepalanya cukup-cukup sinting. Untuk menyenangkan cerita, aku akan panggil dorang dengan huruf pertama daripada nama panggilan mereka kat sini. S, N & M. Ah!, susah sangat. Aku letak la nama betul dorang. Shila, Nadira & Mar. Aku paling rapat dengan Mar. Kitorang empat selalu cakap benda yang pelik-pelik, ketawa pasal benda yang tahpape, buat benda bodo sama-sama, balik sekolah sama-sama, pergi kantin sama-sama, ponteng solat sama-sama, curi buah kelapa kat belakang sekolah sama-sama, lepastu lari lintang pukang bila kantoi dengan cikgu disiplin sama-sama, mendajjal cikgu sama-sama, kena denda sama-sama, bahan orang sama-sama, kongsi rahsia, kongsi cerita, kongsi makanan semuanya buat sama-sama. Sampai timbul perasaan sayang terhadap talian persahabatan yang aku tak pernah expect akan tercipta dan wujud dalam hidup aku. For the very first time, aku rasa aku kenal siapa aku dan aku mula terima diri aku. Dan semua itu, di sebabkan oleh mereka. Aku tak tahu yang selama ni aku tak berkawan dan bercampur dengan orang lain sebab aku benci diri aku sendiri.






2010. Aku pindah sekolah. I admit, it was all my fault. My new school was horribly suck. I became extremely stressed and I was nearly about to give up with my studies. But then I returned back to my old school and get back together with them bitches. I was so happy to see them again. Bila dorang dapat tahu yang aku akan pindah ke situ balik, dorang cakap dorang akan sambut aku kat depan pintu kelas. Siap nak bentang karpet merah. Pui, sembang. Tak sangka, dorang betul-betul sambut aku kat depan pintu kelas. Cikgu tengah mengajar kat dalam kelas kut? Haha. Dorang melompat terkinja-kinja & peluk aku kuat-kuat depan mak aku. Paling erat yang peluk aku sudah tentu si Mar. Of course aku terharu. Ini first time orang yang bukan family aku layan aku macam ni. And that was my very first time kena peluk. Bila dah masuk ke kelas, Mar sanggup suruh budak kat tepi dia tu duduk kat meja lain sebab nak suruh aku duduk kat tepi dia. Buang tebiat agaknya minah ni. Dah duduk tu, sempat lagi aku tanya. "Mana karpet merah aku?" Dia mintak maaf, kucing dia berak atas karpet merah aku tu. Siot. 2 weeks later, aku mempunyai 'gut' yang mengatakan bahawa kumpulan kami bakal berpecah. Sebab masing-masing mula berubah. Terutama sekali Mar. Dia dah tak macam dulu. Layan aku pun macam nak taknak. Aku terasa dengan sikap dia. Ingin menegur dan tanya kenapa, tapi aku tak nak kelihatan seperti seorang loser di depan dia, walaupun pada hakikatnya, aku memang seorang loser. Aku biarkan dia berperangai macam tu untuk seketika.


Mungkin aku biarkan dia berperangai macam tu terlalu lama, dia pun dah ada kawan baru. Masa ni, kitorang dah berpecah. Yeah, nightmares came true. But aku still stick together dengan Mar. Tapi, bila dia lepak dengan kawan baru dia, aku dibiarkan di belakang. Bila berjalan bertiga, waktu rehat dan pulang, aku sentiasa dibelakang. Mereka berdua seronok bercerita di depan. Aku hanya sekadar mendengar. Mereka gelak, aku pun gelak, walaupun aku tak tahu what the hell are they tengah gelakkan about. Aku pernah cuba untuk menyampuk, tapi mereka hanya meng-iya kan saja. Terus, mereka sambung bercerita. I was fine at first. But then, aku rasa macam, kenapa sial aku kena layan macam ni? Aku dah buat apa? Mungkin mereka tak buang aku, tapi, cara mereka layan aku.. Berbeza. Apa yang menyedihkan, kawan baru dia tu, pernah rapat dengan aku dulu. Apa yang lebih menyedihkan lagi, both of them buang aku. Anggap aku tak wujud. Aku kena friendzoned. Wanna guess siapa kawan baru Mar? Budak yang selalu tegur & senyum kat aku dan 'sempat' rapat dengan aku sewaktu aku berumur 9-10 tahun dulu. Dunia kecil? Oh, memang. Mungkin lebih kecil dari yang kau sangka.






Dia cari aku hanya bila dia ada masalah dengan boyfriend dia. Ataupun semasa dia tengah gaduh dengan 'kawan baru' dia. Aku pulak walaupun tengah marah dan kecewa dengan perbuatan dia, aku layankan saja sebab dia actually masih kawan aku. Aku bagi kata-kata semangat dengan dia, comfort dia and promise everything is going to be fine. Tapi, bila semuanya dah okay, dia buat perangai bangsat dia balik. Aku rasa seperti orang bodoh. I was like a fool sebab tenangkan dia. You don't have any idea macam mana sakit dan geramnya hati aku masatu. Kau tak tahu friendship tu sangat berharga bagi aku. Aku mana pernah ada kawan. Si Mar tu pulak susah nak dijumpa(sebelum aku tahu perangai sebenar dia). Banyak persamaan antara kami berdua sebenarnya. Birthday aku pada 2 March, dia pulak 3 March. Tinggi pun tak jauh beza. Dia pendek 1cm je dari aku. Perangai? Lepas aku berkawan dengan dorang, aku yang kekok dan pendiam bertukar jadi seorang yang lasak, gila, banyak cakap & kelakar(lah jugak. Jangan bash). Dia anak orang kaya, aku ni biasa-biasa ja. Apa yang dia ada, aku tak ada. Apa yang aku ada, dia tak ada. Apa yang dia lebih, aku kurang. Apa yang dia kurang, aku lebih. Disebabkan persamaan dan perbezaan tu lah aku sayang dia dan friendship tu. How funny, benda macam ni pun aku nak ambil kira? Of course. I care and appreciate even it's just a little thing dan 'remeh'.






2011, tahun aku di landa kemurungan yang sangat teruk. Masuk tingkatan empat, kami dah tak sama kelas lagi. Tahu kan? Kita masuk ke kelas baru ikut result PMR. Kau mesti dapat teka perasaan aku, right? Mar? Actually dia pun sedih jugak. According to her text lah. The malam before sekolah, she texted me. She said "walaupun kita dah tak sama kelas, doesn't mean ko dengan aku tak dapat jadi bff lagi. jumpe kat sekolah besok. nanti lepak sama.". Masatu aku rasa happy dan terharu sebab dia cakap macamtu. So aku expect yang kitorang akan jadi macam dulu. Tapi itu lah. Orang selalu pesan, jangan expect tinggi-tinggi, jangan mengharap lebih-lebih. Dia masih macam tu jugak. Dia makin rapat dengan kawan baru dia tu. Aku makin hari makin diam. Kembali jadi diri aku yang lama. Oh, aku lupa nak cakap sesuatu. Awal tahun 2011, aku dapat tawaran daripada sekolah yang lebih baik. Tapi aku mesti tinggal kat asrama. Masatu, aku tak tahu nak buat apa. Aku nak pindah sebab kitorang dah pun berpecah belah. Tapi aku nak stay sebab at least aku 'masih' ada Mar. So, I chose to stay at my old school. I did it for Mar. Look, apa yang Mar buat kat aku? I ignore the opportunity just because of her, and that shitty class? Ya Allah, bodoh nya aku. Orang bodoh macam aku tak patut hidup dan harus di hapuskan secepat mungkin. Jangan dibiarkan hidup lama-lama. Hancur dunia nanti. Kelas baru aku.. sucks. Sangat sucks. Aku tak suka kelas baru aku tu. Dalam kelas tu perempuan semuanya gedik. Lelaki pulak semuanya perasan handsome. Semua berperangai metrosexual. Yang pernah sama kelas dengan aku dulu pun dah macam tak kenal aku lagi. Dorang ni poyo. Poyo yang total. Aku nak 'enjoy'(enjoy macam aku enjoy tahun lepas), bukan nak jadi kerek. Aku duduk sorang-sorang kat depan, tak ada siapa yang temankan. Masatu aku tak suka sorang-sorang. I hated how no one ever talked to me. They treated me like I didn't even exist. Kehilangan kawan masa tu aku rasa lebih teruk daripada kehilangan kekasih. Kalau takde kawan sapa yang akan berada di sisi kau masa kau sedih? Apa yang kau nak buat kalau takde kawan?






April, 2011. Aku dah tak tahan dengan kelas baru aku. Mar pun dah lama tak lepak dengan aku. Disebabkan kesunyian dan "culture shock" yang sedang di alami, aku decided untuk tidak menghadirkan diri di sekolah. Hampir setiap hari aku tak hadir. Aku rimas. Bukan sebab aku tak dapat nak sesuaikan diri aku dengan kelas baru aku tu. Masalahnya, setiap kali aku masuk ke kelas 'pandai', aku mesti kena pulau. Tak habis-habis kena panggil si pelik. Why the heck? Aku pun dah penat dengar semua tu. Naik rimas. Baik aku lari dari semua orang. Jadi, aku duduk di rumah je. Kurung diri dalam bilik. Aku tak tahu kenapa aku menjauhkan diri daripada semua orang. Tapi aku rasa menjauhkan diri itu adalah sesuatu yang mesti, dan aku sangat perlukannya. Segala yang aku rasa hanyalah kekecewaan. Aku bukan setakat kecewa dengan perangai kawan aku tu je. Aku kecewa dengan takdir hidup aku. Kenapa agaknya tuhan buat aku macam ni? Orang kata, ada hikmahnya. Sampai la ni la aku dok tunggu-tunggu hikmah tu datang mai. Inilah yang aku buat bila dah kehilangan kawan.






Poof, aku pindah sekolah. Sebulan lepas pindah, Mar takde text aku. 2 bulan kemudian, baru dia text aku. "Woi, kau mane doh? Rindu kau :(". Aku ni sebenarnya seorang yang mudah termakan dengan kata-kata orang. Jadi, aku reply. Aku cerita everything, from A to Z. Kecuali pasal yang aku kecewa dengan dia. Kau faham-faham la. Aku dah lama tunggu text dari dia. That night, baru aku rasa macam first time kitorang mula-mula kenal dulu. But just for that night. Keesokan harinya, bila aku text dia, dia reply macam nak taknak. I've had enough. Kalau dia text, aku tak akan reply. I won't reply. 2012, aku jadi aku yang dulu. Buat semua dengan diri sendiri. Pergi sekolah sendiri, pergi kantin sendiri, balik sekolah sendiri. As much as possible, I avoid everyone. Tapi, tak tahu la kenapa aku selalu rasa macam "Ini bukan aku.". Satu malam semasa hilangkan diri, aku kalah dengan ego aku. I created one new facebook account dan aku add mereka semua. Shila, Nadira & Mar. Mcm selalu, Mar yang beria-ia sambut aku kat facebook. Nadira dah start focus dengan SPM, jadi dia jarang online. Shila masih dengan perangai slutty dan bitchy dia. Mar macam biasa, pandai balance dan bahagikan waktu. Selalu juga aku tengok dia online. Setiap pagi, dia mesti dan akan tag aku kat post bila dia update status. Sampai satu hari, dia update status, tanpa tag nama aku. Dia post URL blog dia. "Someone used to be close". Tajuk entry. Aku buka, dengan harapan agar nama aku masuk dalam list. Ouch, tak ada. Nama "kawan baru" dia tu ada pulak? Suddenly I realized, aku memang tak penting. Takpe, aku memang dah lama kehilangan Mar pun. Masa tu, aku dah tak kisah. Dia nak buat perangai babi, tahi, I don't give a damn. Minda aku dah setkan yang friendship ini dah berakhir. The friendship just dies. Bagi aku, friendship kitorang dah tamat. But one day, dia betray aku. Dia betul-betul betray aku. Kitorang pernah janji yang kalau satu hari nanti, walaupun kitorang dah tak kawan lagi, kitorang tak akan pecahkan rahsia & stab belakang masing-masing. Well, nampaknya Mar dah tunjuk her true colors. At least dia reveal herself before aku terluka teruk, kan? Poyo tak ayat aku? So, at the end of the story, aku putuskan persahabatan kitorang 'secara rasmi'. Orang yang ubah diri aku dari negatif to positif, dia jugak orang yang ubah aku dari positif to negatif. She picked me up just to bring me down. Walaupun aku dah lama tak berkawan dengan dia, rahsia dia sampai sekarang ni aku simpan.






Until now, aku tak ada bestie. Because I chose to not have any. And I chose to be alone. I still remember the first year(2011) with no friends was so hard and I was literally dying inside. But early 2013, I was like ah! Pergi mampus dengan kawan korang. Pergi ciom bontot mereka! Who needs friends when you can be happy when you are alone? Then here I am. 4 years with no bestie. Kawan biasa pun aku tak ada. I am my own bestfriend. Walaupun kadang aku lebih kepada musuh kepada diri sendiri. Well, mungkin benda ni lah yang aku takutkan sejak dari kecik. I don't want to be hurt by other people. If I was hurt by myself, it'll be fine because.. hey, ko kesah apa? Badan aku. Sukahati aku la. I have right to do what ever on my body. Tak mengape, aku okay tanpa kawan. Aku boleh je simpan masalah aku sendiri. Tapi, aku masih benci dengan Mar. Kau mesti benci kan when they promise you they'll be there for you? And love and accept you for who you are and then suddenly blah dan senang-senang gantikan tempat kau dengan orang lain padahal depan-depan mata dia kau masih disitu dan hidup? Friendship mati, aku tak mati. Tapi hati aku mati. Kepercayaan aku terhadap 'friendship' mati. Sekarang, aku completely jadi diri aku yang dulu. And still. I do everything alone. Bila orang senyum, aku biarkan. Bila orang datang dekat, aku lari jauh. Bila aku fikir balik pasal orang yang dulunya meant everything to me and now mean nothing, aku rasa menyampah dan berasa kurang enak di perut. Terasa ingin muntah! How can everything happened and why things couldn't stay the same I wonder. However, benda ni berlaku dah terlalu lama. Aku rasa aku harus move-on and be a new person. Aku tengah berusaha untuk berubah dan cuba untuk berhenti 'membenci' janji manusia. I am working my sweet asses to that. Don't put too high expectation for me to change earlier, shall us? Trust is not an easy thing to build. Adios, amigos. Semoga hari anda indah!





I know I should just stay in my own world and don't let anybody to come in.
Sekarang, padan muka aku.

Saturday, 17 May 2014

LIEBSTER AWARD


Pulak. This is my second time join benda yang 'pelik-pelik' kat blog. Last time aku join benda-benda macamni pada november/december tahun 2012. Didn't mean to hurt anyone's feeling. Aku memang gelar pertandingan atau benda-benda yang berkaitan di blog sbg benda yang pelik-pelik because to me, blog tempat orang menulis. Aku seorang yang realistik. Open minded tetapi tidak terlalu open minded.




Masa aku blogwalking, adalah jugak aku tengok bloger-bloger lain meng-update pasal benda ni. Aku tak ambik port sangat. Kadang, tengok pun aku tak. Sebab aku tak tahu apa kebendanya liebster award ni. Bunyi macam campaign special for hijabster only. Dalam kepala otak aku ingat award ni khas only for hijabster just because ayat liebster tu kedengaran seperti hijabster. Seperti yang aku cakap tadi. Aku open-minded tetapi tidak terlalu open-minded.




I nominated by Ain. Thanks anyway. 1st time agak blur jugaklah. Aku nak buat apa ni? Abaikan? Layankan? Then, aku scroll-scroll page dia sampai bawah.. Interesting. Saya suka soalan-soalan yang dikasi. Baiklah, aku join dengan senang hatinya. Sebelum aku mula, izinkan aku untuk menulis rules untuk award ni. Sorry, gaya pertuturan aku memang bunyi mcm buku teks sikit. Sengaja aku nak pakai ayat macam ni. Dah lama sangat aku pakai ayat rojak. Dalam masa yang sama aku biarkan orang lain judge cara aku. Dah jauh sangat aku melencong ni, let's get started.




Rules when being nominated:

i) Mention the person who nominated you with a link to their blog.
ii) Answer all 11 questions asked.
iii) Nominate 11 other bloggers with a smaller follower following but with lots of potential.
iv) Create 11 of your own questions for them to answer.
vi) Notify your nominated.



Q&A.


i)

Q: Agak-agak bila nak berubah? Err . .
A: Bila orang berhenti judging.

ii)

Q: Ada berapa adik-beradik? Siapa yang paling degil. Kembangkan cerita anda.
A: 4. All girls. Siapa yang paling degil? Sudah tentu yang tengah menulis ni. Kembangkan cerita? Baiklah. Tapi jangan marah kalau terlalu kembang, ye? Kitorg semua adik beradik ada 4. All girls. Jarak umur semua beza 5 tahun. I'm the second one. Perangai kitorg semua berbeza. Macam element-element yang wujud kat dunia ni. You got me? Yang 4 elemen tu. Air, api, tanah, angin. And kitorang ada satu element. My eldest sister; 24 years old. As kakak sulung, dia selalu mengalah, rajin, paling rajin I must say, kemas-kemas rumah tu memang kerja dia, bertanggungjawab, bila kitorang gaduh, dia yang tolong redakan, friendly, and everything nice lah. Macam tanah. And me, the second one. Of course, perangai sedikit redup daripada yang pertama. 'Jahat' and slick sikit, tak banyak cakap, bila bercakap, ayat yang dikeluarkan agak berbisa sikit. Lebih suka bersendirian, panas baran bila perlu and tujelah yang I boleh kongsi. Third one, tadi I ada cakap yang I paling degil kan? I tipu. I bukan yang paling degil. Yang ketiga ni paling degil. Fierce, tak banyak cakap jugak. Cuma, this one bercita-cita tinggi and tak mudah untuk dikalahkan. Apa yang dia nak, dia akan dapat. Sedikit kasar tapi bukan tomboy. No one can't stop her, macam api. Last sekali, adik yang keempat. Yang ni rasanya I ada mention pasal dia kat previous entry. Dia ni jenis bubbly, banyak cakap, periang, suka buat orang ketawa. That's it. Wait a minute.. Did I mention that she's annoying and cannot be serious? Semua benda dia nak ketawa. Bila I tengah marah-marah dia, dia boleh pulak ketawa. Ugh.. hate it.

iii)

Q: Kalau lah terjumpa duit tengah jalan, apa yang korang akan buat?
A: Memberi respon macam manusia lain, ambik. Rezeki tuhan bagi. Padanla muka owner duit tu tak reti letak duit betul-betul dalam wallet.

iv)

Q: Suka baju loose ke fit? Kenapa?
A: Loose dan fit. Pakai baju loose bila dirumah, pakai baju fit hanya untuk menaikkan tahap confidence bila diluar. Tetapi, I jarang keluar rumah. I mengaku, I anti-social. Friend circle, zero. So, Both la.

v)

Q: Apa pendapat korang terhadap orang yang selalu bercakap?
A: Tiada masalah. KALAU, apa yang dia cakap tu ada isi dan tidak kosong.

vi)

Q: Siapakah role model anda? 
A: Michelle Phan. Taknak tanya kenapa? Takpe, I akan jelaskan kenapa. Well, I chose her because of her background. Masa kecik, dia susah. Macam another asian kat America, dia selalu kena buli. Family dia pun bukannya happy sangat. Mak dia pun bukannya support apa yang dia suka. Tapi, dia tak putus asa. And now, dia jutawan.

vii)

Q: Antara kerja pejabat dengan kerja luar, korang prefer yang mana?
A: Rumah.

viii)

Q: Sukakah anda apabila lelaki bermisai, berkumis, berjanggut, berjambang? Nyatakan sebab.
A: Suka yang berjambang. Tapi bukan jambang yang lebat. Sikit-sikit sudahlah. Macam Zayn Malik. Okay Zayn Malik terlalu famous. Plus, I tak suka dia. Macam my friend, Megat. Sebab: dorang nampak mature dan dewasa. Serta handsome dan tampan. I suka, I suka. Tapi Megat tu I anggap as a friend only la muehehe.

ix)

Q: Ceritakan peristiwa yang susah nak dilupakan di sekolah.
A: Pergi sini: http://screwedying.blogspot.com/2012/11/tak-suka-sekolah-sebab.html

x)

Q: Konsep apa yang korang suka? Fairytale, arabic, 60-an ke apa?
A: Victorian Gothic. Bukan style budak-budak gothic eh. Victorian Gothic macam dalam cerita The Addams Family and American Horror Story.

xi)

Q: Suka tengok berita tak?
A: Tak. Jarang tengok TV. Tengok TV bila ada cerita hantu je. Orang kata apa yang dishow dalam TV tu semuanya taik. Mula-mula tak percaya jugak. Tapi dah ada sorang yang membuktikan statement itu betul.


Selected blogger:

1) Fajwa
2) Nabilah
3) Rain Berry

Aku pilih 3 je sebab alam maya aku, aku buat macam dunia realiti aku. Aku tak banyak sangat kawan. Yang those kena pilih pun belum kenal dengan betul lagi.


Questions:

1) Apa yang terlintas difikiran anda bila dengar perkataan racist?
2) Malaysia or oversea? Your reasons?
3) Perasaan anda bila pendapat anda ditolak mentah-mentah?

That's it. Aku pilih 3 orang, soalan pun aku bagi 3. What law? Law are made to be broken (tengah merebel). Kalau dorang perasan or layan aku, terjawab la kut soalan aku diatas tu. Kalau tak, tamat lah riwayat liebster award kat blog aku ni. Muehehe. Semoga hari anda indah!