Monday, 1 September 2014

#BukanSeptemberWish






"Kau nak lelaki yang macam mana?" soal alter-ego aku.


Sunyi.
Selain daripada melodi lagu 505 daripada kump. Arctic Monkeys yang berkumandang di ruang udara, semuanya sunyi.
Siling aku renung, badan terbaring di atas tilam empuk, kaki kanan disilang di atas peha kiri, kepala dipangku dan beralaskan kedua-dua tapak tangan sendiri, dahi berkerut pening memikirkan jawapan. Senyum tidak. Soalan mudah, tapi sangat membunuh minda bila aku cuba untuk memikirkan jawapan yang paling sesuai.




Pejam mata.
Perlahan-lahan minda kembali menerjah ke masa lampau. Teringat sesuatu. Dulu, orang cakap aku gatal sebab muda-muda lagi dah ada impian nak berkeluarga besar dan hidup bahagia. Dan seringkali aku bertanya, salah kah impian aku tu? Salahkah kalau aku nak bermimpi? Salahkah aku nak hidup bahagia? Tapi aku tak peduli. Hak bermimpi, hak aku. Haktui. Dulu, bila aku bertanya soalan yang sama kepada diri aku sendiri, aku akan jawab, "Aku nak lelaki yang boleh buat aku gelak sepanjang masa."




Tapi sekarang aku dah besar. Aku mula sedar, aku tak boleh gelak sentiasa. Life is not always easy as we want. Perkara yang menyenangkan hati tak akan sentiasa berlaku, jalan tidak sentiasa lurus. Umur meningkat, taraf mimpi pun harus dinaik-taraf juga. Putera impian harus bertukar dari mimpi ke realiti. Mesti real. Nenek, makcik, jiran, orang sekeliling selalu pesan, cari lelaki yang bekerjaya, cari yang mampu beri kau makan, punya kereta besar, rumah besar, kelak hidup akan bahagia.




Tak tahu lah, kenapa aku rasa semua itu tak penting. Sebagai manusia, pandangan dan cadangan dari orang lain harus dipertimbangkan juga. Jangan pentingkan diri. Ya, jangan pentingkan diri sampai diri sendiri pusing. Selalu juga aku ajukan soalan yang berkaitan kepada mak aku.
"Mak, macam mana nak cari laki? Yang betul-betul laki." (sila gelak)
Mak aku jenis yang biasa, macam aku. Tak pandang duit. Yang penting, happy. Kalau boleh, cari lah ustaz. Selalu mak aku cakap, kalau aku dah ada anak nanti, dia nak hanto anak-anak aku ke sekolah agama. Tak kisah lah, se-mat-saleh-mana pun nama yang bakal aku bagi kat bakal anak aku nanti, dia nak hanto jugak. Sukahati emok lerrrr......nak buat apa.




Tapi sekarang ni aku mesti kembali ke realiti. Aku mesti dapatkan jawapan yang logik dari diri sendiri. Lupakan putera impian, fikirkan lelaki yang wujud dalam dimensi realiti. Tapi, realiti bagi aku penuh dengan tahi.. Menyakitkan hati. Tapi aku mesti. Takkan aku nak stay dengan kawan imaginasi? Kau nak bermimpi sampai mati? Taknak tunaikan impian jadi realiti? Tak nak jadi berani? Sengaja menganiayai diri sendiri.




Hm, melihatkan perangai lelaki zaman sekarang, rasanya lebih afdal kalau aku stay single. Selalu jugak aku bagitahu mak aku,
"Mak, taknak kahwin la."
Mula la mak aku ingatkan aku. Kalau aku tak kahwin, macam mana aku nak ada anak? Kalau tak ada anak, siapa nak jaga aku bila dah tua? Aku selalu jawab, rumah kebajikan kan ada? Mak aku selalu tanya balik, kenapa nak sangat pergi situ bila dah tua? Nanti jangan kesiankan diri sendiri. Aku selalu jawab balik, "itu pun kalau umur panjang." Sebab tu lah orang nak berubah, nak buat ibadah banyak-banyak. Lepastu tunggu mati je. Senang. Kat akhirat nanti jumpa lah pasangan hidup.




Mak aku berhenti bercakap. Dah kehabisan ayat, atau dah penat melayan kerenah aku, aku tak pasti. Maaf mak, sebab dapat anak macam ni. Yang difikirnya, asyik mati, mati, mati. Bangun, mati. Tidur, mati. Berjaga, mati. Siang malam pagi petang, mati.




"Lagi sekali, kau nak lelaki yang macam mana?" - alter ego.




Aku jarang fikir pasal laki. Memandangkan engko memaksa, aku jawab jugak. Sekarang ni, manusia yang tidak serupa manusia bersepah di luar sana. Yang baik tidak semestinya baik, yang jahat memang dah terbukti jahat. Tapi, mereka masih sibuk mengejar kesempurnaan. Sibuk mengejar kesempurnaan sampai terlupa untuk jadi manusia biasa. Jadi, buat masa ni, aku akan jawab, aku nak lelaki yang serupa manusia. Yang tahu dan mengenal manusia tu apa, dan tahu bagaimana nak jadi manusia. Tak perlu handsome, tak perlu bijak, tak perlu kaya, tak perlu hantar text sweet-sweet kat Whatsapp, tak perlu amik gambar secara sembunyi lepastu post dalam Instagram dengan caption yang bermadah, tak perlu beli 50 lilin hanya untuk buat surprise. Tak perlu. Yang perlu, jadi manusia. Hanya jadi manusia. Jadi manusia yang tidak sempurna macam aku. Manusia yang dah sedia tahu yang kesempurnaan itu tidak wujud. Manusia yang tahu baik buruk. Dan yang paling penting.. dia kenal apa itu tuhan, apa itu Allah.





Kepada alter-ego, yakni diri sendiri, ini kali terakhir kau dan aku bincang pasal ni.
Jodoh pertemuan dan ajal maut, semuanya di tangan tuhan. Cepat-cepat berubah dan bersedialah.
Usah difikirkan tentang mati dan lelaki. Perkara itu akan berlaku juga nanti.
I hope and wish your life is obstacle free.
Semoga hari anda indah.
Dan anda juga.

Friday, 15 August 2014

Kelopak bunga Sarah




Sarah pejamkan mata, yang dia lihat sekarang hanya kaleideoskop berwarna-warni dan hanya dia yang wujud dalam ruang infiniti gelap yang tak berpenghujung. Asap dihembus perlahan, rasa tenang dan melayang. Melodi sayu Salty Seas - Devics merentap Sarah jauh tenggelam ke dasar tanpa deria.


Dalam kebas dan tenang Sarah yang terbang tinggi, raksasa masa silam berbentuk dua tangan gergasi kelabu berceloreng merah menyergah. Tanpa sedar, air mata Sarah mengalir laju dan malam terasa sejuk. Dalam gelap yang terang, Sarah cuba bangkit berdiri. Dia mahu berteriak pada raksasa tolol itu, dia bukan Sarah yang dahulu boleh ditawan.



Tapi hendak melawan, Sarah masih punya takut. Masih punya fobia. Jadi dua kaki digunakan untuk berlari, pecut sekuat hati. "Kali ini aku akan bebas!", teriak Sarah kuat, tidak diketahui kenyataan itu untuk menyedapkan perasaan Sarah sendiri atau peringatan untuk raksasa hitam. Perlarian Sarah terhenti di penghujung jalan mati sebuah taman, ranting dan dahan pohon seakan mengerti ketakukan Sarah lantas kesemuanya menjadi satu benteng dan menjerut raksasa hitam itu sehingga mati.




Hanya tinggal Sarah seorang di dalam taman kecil.



Yang peliknya, tiada langsung bunyi desiran angin atau tanda-tanda kewujudan organisme yang lain. Ianya hanya seperti satu kepungan dinding yang dibentuk indah. Sarah berjalan lagi, berjalan sehingga dia bertemu satu kawasan lapang dan hanya ada satu bunga yang ditanam di tengah-tengah. Tanah masih basah, dan bunga itu kelihatan segar, merah terang dengan sedikit titisan air di setiap kelopak.





"Cantik." bisik hati Sarah, sambil tangan Sarah membelai kelopak-kelopak bunga tersebut.


"Aduh!", jerit Sarah, sedikit dramatis.


Tidak disangka kelopak bunga tersebut rupanya tajam sekali, setiap satu adalah bilah bilah tajam pisau yang baru sahaja diasah. Tapi cantik, sangat cantik. Bagai dirasuk, Sarah tanpa ragu mencabut bunga tersebut dari tanah. Tangannya terasa panas, terbakar sedikit, tapi Sarah tidak hiraukan. Mata Sarah hanya fokus pada yang satu, bunga yang cantik, hanya kepada bunga yang cantik.





Perlahan-lahan persekitaran taman menjadi mendung, gelap dengan awan berat di atas langit. Sarah mengopek setiap kelopak bunga tersebut dan diletakkan di tanah, disusun rapi bersebelahan kesemuanya. Dan setiap kali itulah, jari Sarah terhiris, dan darah yang menitis terkena kelopak bunga yang kelihatannya menjadi semakin cantik, semakin bersinar. Sarah masih leka, walau bila kedua tangannya sudah melecur dan berlumuran darah. Muka Sarah menjadi pucat, tapi masih tersenyum. Masih leka dengan bunga tersebut.





Biarpun sakit, Sarah rasa lega. Sarah teringatkan raksasa hitam yang mengejarnya sebentar tadi. Dahulu mereka pernah menjadi kawan, bermain bersama, bergelak ketawa bersama. Tapi Sarah lebih sukakan taman. Lebih indah, lebih kosong, lebih senyap tanpa gangguan. Dan Sarah rimas bila mana raksasa hitam tersebut tidak pernah jemu cuba menarik Sarah kembali untuk bermain bersama di dunia realiti. Sarah tidak mahu. Sarah hanya mahu hilang. Biarkan mereka yang tersayang ditinggalkan jauh. Kehadiran Sarah bukannya penting, bukannya membawa makna.



"It wouldn't make any difference.", bisik Sarah dalam lelah penat mahu bernafas, separuh berteleku dalam lecak basah darah sendiri. Hendak menangis pun Sarah tidak ada upaya. Hanya mampu memejam mata dengan erat, biar hitam kesemuanya sambil tangan kuat menggenggam kelopak bunga tajam yang kelihatan hidup bersinar dalam baja sisa-sisa nyawa Sarah yang tertinggal.




Tubuh Sarah dijumpai lebih tiga hari kemudian. Kaku terbaring dalam limpahan darah sendiri, mata separuh terbuka merenung jauh. Kedua tangan Sarah masih erat menggenggam dua tiga bilah pisau pengasah pensil yang tajam. Tidak jauh dari situ, beberapa pil berselerak di atas lantai, tercampak jauh dari bekas.




Goodbye, Sarah.
May you be smiled upon.
Now, go.

Sunday, 27 July 2014

I'm not celebrating

Aku kat kampung. Of course, sebab nak celebrate raya. Ramadhan was great. It was my favorite month. Always. I prefer ramadhan than syawal. Syawal pernah jadi bulan favorite aku. Dulu aku selalu tak sabar nak sambut raya.


Tahun ni lain. Aku tak tahu. Mungkin sebab masalah keluarga(racist antara 2 bangsa), my illness, bla bla bla. Rumah nenek aku betul-betul sebelah surau. Dan sekarang orang-orang surau tengah melaungkan takbir raya. Dulu, mesti aku tersenyum setiap kali aku orang surau mula meluangkan takbir raya. Walaupun aku rindu bapak.. Aku tak boleh sedih. Tak boleh. So I covered everything with smile. Walaupun kenangan-kenangan masa lampau aku menghantui aku setiap saat.



Tahun ni rasanya aku tak boleh nak sorokkan lagi. Aku berkurung dalam bilik. Sorang-sorang. Aku pasang earphone dan pasang lagu kuat-kuat. Mungkin nak mengelak dari mendengar laungan takbir, walaupun surau betul-betul berada sebelah rumah. Aku cuba focus dengan lagu dan endahkan bunyi bunga api.



Kesian kat mak. Asyik tanya kenapa aku tak nak sambut. Aku tak tahu nak jawab macam mana. Aku tak mahu bercampur dengan manusia. Manusia, setiap kali bertemu mesti banding tu banding ni. Sebelum penampar aku naik ke muka sape-sape, baik aku 'celebrate' raya sorang-sorang dalam bilik. Dengan bermain video games, atau menjemput cousin kecik aku.



I'm sure this isn't my first time not celebrating hari raya since aku kena 'damba' dengan depression. Aku selalu kena cop jahil, tak sensitive, ah! Persetan lah mereka semua! Suka sangat menyebok hal aku. Aku bukan nya macam korang, bodoh. Aku tak celebrate, terus di cop keluar islam. Babi kau. Seriously. Babi. Tolong jadi babi. Aku tak rasa kau ada otak.



Anyway, lagipun sekarang ni Gaza masih under attack, right? Walaupun aku tak post any entry untuk menunjukan yang aku care pasal mereka, walaupun aku tak tweet any tweets untuk menunjukkan betapa kesian nya aku terhadap mereka. Sampai ada yang ingat(minah ask.fm tu kot) aku ni tak kisah pasal saudara Islam aku yang lain. Hish, cakap pasal agama 24 jam. Tapi masih berburuk sangka dengan orang macam aku, orang yang prefer buat everything alone without telling it to semua orang. Bak kata KJ, "It's the religious equivalent of bodoh sombong."




Aku nak sambut raya tapi passion nak sambut tu tak tahu ada kat mana. I can't celebrate hari raya with an empty heart. Chinese New Year pun aku tak sambut. Selamat hari raya, semua. Tak payah nak kosong kosong sangat dengan aku.